
Ramai wanita masa kini memilih untuk bekerja di rumah sahaja berbanding di pejabat. Bagi saya wanita yang bekerja di rumah memiliki lebih banyak kelebihannya. Sebelum ini saya pernah bekerja di pejabat tetapi atas alasan-alasan berikut, saya membuat pilihan untuk bekerja di rumah sahaja.
Alasan saya :-
1. Kerja di rumah saya mempunyai banyak masa untuk keluarga, berbanding sebelum ini, hanya terpaksa menunggu hujung minggu, juga pada cuti-cuti tertentu.
2. Saya berasa lebih bebas melakukan kerja tanpa tekanan kerja dengan jadual kerja yang di telah ditetapkan. Jika bekerja di pejabat masa amat terbatas, selalunya agak tergesa-gesa.
3. Ruangan untuk bekerja di rumah adalah bebas, di mana-mana sahaja yang boleh dan dirasakan sesuai & selesa boleh melakukan kerja, berbanding pejabat hanya pada ruangan yang di tetapkan membuatkan saya hilang mood untuk bekerja.
4.Dengan bekerja dirumah saya tidak perlu keluarkan kos tambang ke tempat kerja yang agak jauh, jadi dapat menjimatkan wang.
5. Masa juga agak terbuang untuk perjalanan ke tempat kerja, berbanding lebih relaks di rumah.
6. Keletihan maksima, tiada masa untuk diri sendiri setiap hari dengan masa yang padat
7.Tidak perlu mengeluarkan kos penjagaan anak yang agak tinggi pada masa ini, jaminan penjagaan adalah lebih selamat dari ibu sendiri, juga menambahkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Jika anda juga mempunyai keinginan untuk bekerja dari rumah, jangan bimbang sama-sekali, bekerja dari rumah tidak mempunyai batasan tertentu dan lebih bebas.
No comments:
Post a Comment