Sistem Kedai Online Niagakit

Thursday, March 11, 2010

Fakta tentang bisnes online

Bisnes online adalah lebih kurang sama dengan bisnes offline, jadi jika ada yang mengatakan memperolehi wang melalui online lebih mudah daripada bisnes offline adalah tidak tepat . Tahap pembelajaran dan tahap yang harus dilalui adalah sama. Anda perlu cuba adalah langkah yang sama, anda tidak akan menjadi jutawan online dengan hanya membaca ebook atau melihat video tentang cara mendapatkan wang di internet . Anda seharusnya terapkan apa yang ada didalam ebook atau tutorial yang anda baca dan mencubanya berulangkali.

Tiada Kelebihan
Meskipun saya selalu menerima pendapatan melalui online, ia bukan pekara mudah.Ia perlukan usaha,masa dan juga sedikit modal.

Terus belajar
Bisnes Online terus berkembang, setiap hari ada program terbaru, selalu ada teknik baru. Jadi terus belajar adalah langkah yang tepat untuk berjaya dalam bisnes ini. Gabungkan teknik- teknik yang anda perolehi dan anda pelajari, praktikan dan lihat hasilnya, jika belum berhasil cuba cara lain, kombinasikan, modifikasikan & begitulah seterusnya.

Mencintai blog anda
Ia bermaksud jangan membuat blog semata mata hanya untuk mendapatkan wang dengannya.Ini akan membuatkan anda menjadi bosan jika apa yang anda hajatkan tidak tercapai.

Jika anda yang ingin menambahkan atau memperbetulkan info ini sila tambahkan di ruangan komen,

No comments:

Post a Comment